Kajian Mempertingkatkan Sosioekonomi Pekebun Kecil Kelapa

Kajian ini dijalankan untuk mengesani masalah-masalah dan meningkatkan sosioekonomi pekebun-pekebun kecil kelapa di Daerah Hilir Perak dan Daerah Perak Tengah. Kawasan kajian adalah meliputi Bagan Datoh, Hutan Melintang di Daerah Hilir Perak dan Manjung Selatan di Perak Tengah. Keluasan kawasan kelapa sudah mula berkurang berbanding dengan keluasan kawasan kelapa sawit. Ini adalah disebabkan oleh pelbagai masalah yang dihadapi oleh pekebun kecil kelapa terutamanya harga kelapa yang terlalu rendah berbanding dengan harga kelapa sawit. Masalah-masalah lain seperti serangga perosak, penyakit, rumpai dan lain-lain.