Sosio-Ekonomi,Prestasi Kewangan dan Komunikasi – Adaptasi Inovasi oleh Pesawah di Negeri Perak

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang telah dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 2006. Kerajaan Malaysia mula mengorak langkah dan memfokuskan sektor pertanian ke arah sistem pertanian maju dan lestari (advance and sustainable agriculture). Ia bukan sahaja merangkumi aspek pertanian komersial dan bioteknologi, malah turut menekankan aspek pertanian sebagai satu perniagaan. Transformasi yang dijalankan turut memerlukan pembudayaan dari segi penggunaan teknologi dalam kalangan petani di negara ini.