MAJLIS PENYERAHAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN AKADEMI SEKURITI MAKANAN (PENUBUHAN DANA ENDOWMEN) DI ANTARA PERAK SADC, USAS DAN IDR

MAJLIS PENYERAHAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN AKADEMI SEKURITI MAKANAN (PENUBUHAN DANA ENDOWMEN) DI ANTARA PERAK SADC, USAS DAN IDR

17 Februari 2023 – Perak SADC memperuntukkan konsep dana endowmen atau wakaf berjumlah RM20 juta yang bakal diguna pakai dalam pembangunan akademi sekuriti makanan bagi memperkukuhkan jaminan sekuriti makanan melalui penyelidikan dan pembangunan secara berterusan.

Penubuhan akademi sekuriti makanan adalah antara langkah menggerakkan Pelan Perak Sejahtera 2030 yang meletakkan agenda ini dalam program flagship Lembah Bakul Makanan dan bertujuan, memastikan ketersediaan kuantiti makanan yang mencukupi serta berkualiti dibekalkan melalui pengeluaran untuk kegunaan domestik dan import.

Pertukaran MoU itu membabitkan antara Perak SADC yang diwakili Tuan Haji Yahanis Yahya bersama Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang diwakili Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi, Naib Canselor, dan Institut Darul Ridzuan (IDR) yang diwakili Dr Maisarah Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif.

Akademi sekuriti makanan yang pertama di Malaysia itu diyakini akan menjadi perintis kepada usaha sama yang membabitkan pemain industri, ahli akademik, agensi kerajaan dan negeri yang akan membuka jalan kepada implementasi sekuriti makanan yang berimpak tinggi, selain kalis perubahan masa hadapan.

#PerakSejahtera2030
#PerakMakmurRakyatSejahtera
#SekuritiMakanan
#AkademiSekuritiMakanan

(sumber: Berita Harian)

Tags: ,
Other News
Menu