Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

BENGKEL KORIDOR TVET MALAYSIA SIRI 2

March 21, 2023 - March 22, 2023

23 Mac 2023 – Pada 21 dan 22 Mac 2023 telah berlangsungnya Bengkel Koridor TVET Malaysia Siri 2 yang diadakan di Hotel Travelodge Ipoh anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama Institut Darul Ridzuan (IDR) bagi meneruskan pelaksanaan Agenda Koridor TVET Malaysia yang telah mula digerakkan bermula awal tahun ini.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Sivanesan A/L Achalingam selaku Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Intergrasi Nasional & Hal Ehwal Masyarakat India, yang juga merupakan pengerusi PASAK. Sesi bengkel ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Aldrin Ng, Pengarah PASAK dan disusuli oleh Dr. Maisarah Ahmad, Ketua Eksekutif IDR bagi menyampaikan penerangan mengenai Perak Sejahtera 2030 serta mengenai inisiatif yang ingin dilaksanakan untuk menjayakan agenda ini.

Sesi ini kemudian diteruskan dengan penerangan dan pembentangan daripada Pengarah, Ketua Bahagian dan wakil-wakil institut latihan kemahiran awam dan swasta mengenai program dan pencapaian yang diperoleh institusi masing-masing yang boleh diketengahkan bagi mencapai hasrat Perak Sejahtera 2030, iaitu mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti. Seramai 82 jemputan dan pemerhati yang hadir sepanjang dua hari bengkel ini berlangsung telah berkongsi pendapat, idea dan daya usaha yang boleh digerakkan bersama-sama.

Semoga usahasama yang diadakan ini membuahkan hasil yang boleh membantu dalam menyokong pelaksanaan agenda utama dalam pelan Perak Sejahtera 2030 serta mendatangkan manfaat bermutu kepada generasi muda di Perak.

Details

Start:
March 21, 2023
End:
March 22, 2023
Event Category:
Event Tags:
,

Organizers

Institut Darul Ridzuan
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)

Venue

Travelodge Ipoh
Jalan Raja Dihilir
Ipoh, Perak 30350 Malaysia
+ Google Map
Phone:
+605-242 8888
View Venue Website
Menu