
- This event has passed.
MAJLIS PELANCARAN PELAN PERAK SEJAHTERA 2030
June 15, 2022 @ 2:00 pm - 4:30 pm
![Majlis Pelancaran Pelan Perak Sejahtera 2030 bersama YAB Dato' Seri Saarani Mohamad (Menteri Besar Perak) [15 Jun 2022 @ 2PM @ Kinta Riverfront Hotel & Suites]](https://idrperak.my/wp-content/uploads/2023/01/event-poster.jpg)
YAB Dato’ Seri Haji Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak telah melancarkan pelan Perak Sejahtera 2030 sebagai pelan induk pembangunan negeri bagi tempoh sehingga tahun 2030 pada 15 Jun 2022 jam 2.00 petang.
PADA 15 JUN 2022 telah berlangsung majlis pelancaran pelan Perak Sejahtera 2030 yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak, bertempat di Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh.
Pelan Perak Sejahtera 2030 yang dirangka ini adalah sebagai garis panduan bagi mencapai matlamat utama negeri iaitu Perak Makmur, Rakyat Sejahtera. Pelan ini merupakan sebuah pelan pembangunan negeri komprehensif yang dirangka untuk pembangunan jangka panjang Negeri Perak.
Tempoh pelaksanaan pelan ini adalah selama 8 tahun, bermula 2022 sehingga 2030 di mana jawatankuasa yang terlibat akan bersidang sekurang-kurangnya sekali setahun bagi memacu pelaksanaan pelan ini.