- This event has passed.
LIBAT URUS PERAK SEJAHTERA DAN PELAN TINDAKAN KOMUNIKASI STRATEGIK BERSAMA AHLI PARLIMEN KUALA KANGSAR
July 13, 2022
13 JULAI 2022 – Institut Darul Ridzuan buat kunjung kalinya mengadakan sesi libat urus bersama YB Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) di pejabat beliau di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.
Kunjungan pertama kali ke pejabat YB Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid ini adalah untuk menerangkan mengenai pelan Perak Sejahtera 2030, di samping memberi pendedahan mengenai agenda dan projek-projek yang terlibat di kawasan YB Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid.
Dalam sesi pertemuan ini juga diadakan perkongsian idea dan perbincangan antara pihak YB Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid bersama Institut Darul Ridzuan untuk penyelarasan pelan komunikasi sebagai platform yang akan digunakan bagi menyampaikan agenda Perak Sejahtera serta menjalinkan kerjasama antara kedua-dua pihak bagi bersama-sama memacu projek berimpak tinggi di daerah Kuala Kangsar.
Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada YB Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid atas kesudian menerima kunjungan kami dalam usaha untuk bersama-sama menggerakkan Perak Sejahtera 2030.