Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

WANITA PERAK X WEBINAR DARUL RIDZUAN: SIRI 11: PENDEKATAN CAREGIVER: ISU-ISU HAK KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SEKSUAL (HKRS) TERHADAP KANAK-KANAK OKU

July 28, 2022 @ 2:30 pm - 4:30 pm

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua.

Sukacita dimaklumkan bahawa Wanita Perak X Webinar Darul Ridzuan akan menganjurkan webinar:

Siri 11: Pendekatan Caregiver: Isu-isu Hak Kesihatan Reproduktif dan Seksual (HKRS) terhadap kanak-kanak OKU

Isu-isu HKRS dalam kalangan kanak-kanak OKU amat jarang diketengahkan untuk perbincangan. Kes cabul dan salah laku seksual terhadap mereka boleh berlaku lantaran kurangnya pendedahan terhadap isu ini. Kanak-kanak kurang upaya (OKU) juga secara fitrahnya mempunyai perasaan dan naluri serta mengalami akil baligh seperti kanak-kanak biasa yang lain. Persoalannya siapakah yang perlu memainkan peranan dalam memastikan kanak-kanak OKU memahami hak-hak mereka dalam isu ini dan adakah polisi sedia ada memerlukan penggubalan drastik agar kanak-kanak OKU ini dilindungi sepenuhnya. Webinar siri ini bakal mengupas isu-isu ini bersama-sama panel jemputan.

Sertai kami:
🗓28 Julai 2022 (KHAMIS)
⏰ 2.30 petang – 4.30 petang
💻 LIVE STREAM MICROSOFT TEAMS & FB
Pendaftaran: https://mylink.la/webinardrwanitaperak

LINK KEPADA LIVESTREAM DI FB:
Livestream Wanita Perak X Webinar Darul Ridzuan

Details

Date:
July 28, 2022
Time:
2:30 pm - 4:30 pm
Event Tags:
,
Website:
https://idrperak.my/

Organizers

Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak
Institut Darul Ridzuan
Persekutuan Persatuan-Persatuan Kesihatan Reproduktif, Malaysia (FRHAM)
Menu