
- This event has passed.
PERAK MAKMUR SUMMIT
March 9, 2023 @ 9:15 am - 5:00 pm

Sempena dengan Perak Makmur Summit yang dianjurkan oleh KSI Strategic Institute for Asia Pacific dengan kerjasama Perak Academy dan Malaysian International Chamber Commerce and Industry (MICCI) Perak, Dr. Maisarah Ahmad, Ketua Eksekutif IDR telah dijemput sebagai satu daripada panel bagi slot Future Ready Perak – Ushering Digital Transformation and Innovation di Perak Makmur Summit.
Perak Makmur Summit merupakan persidangan yang mengumpulkan pakar-pakar bidang yang terkemuka, pemain industri, ahli-ahli akademik dan pegawai-pegawai kerajaan negeri Perak dan luar Perak bagi berkongsi idea dan membincangkan potensi negeri Perak yang dapat difokuskan bagi menarik minat pelabur untuk melabur di negeri ini.
Di samping itu, sesi ini juga turut dijadikan platform untuk mencari penyelesaian yang strategik bagi cabaran dan isu yang sedang dihadapi oleh negeri demi kejayaan dan kemajuan negeri tercinta ini selaras dengan tema persidangan ini, iaitu Recover, Reset, Resilience – Unlocking Prosperity in the Darul Ridzuan State (Membuka Kemakmuran di Negeri Darul Ridzuan).
Sebagai salah seorang panel, Dr. Maisarah Ahmad memanfaatkan peluang yang diberikan ini untuk menyampaikan perkongsian mengenai peluang dan cabaran yang dihadapi oleh organisasi dan perniagaan dalam menangani perubahan ekonomi global, inisiatif yang boleh dilakukan untuk menyesuaikan diri dalam era transformasi digital bagi menjayakan pendigitalan di negeri Perak.